JellyPages.com

Friday, 11 March 2016

Majlis Nikah Kami - 9 Ogos 2014

Annyeong.. Berhabuk nyer blog.. Penuh sarang labah-labah dah ni.. Last post October 2013.. Erk.. Ok, I'm a very busy woman (tangan di dada, mata ke atas).. Hahaha.. Aku ada tulis kat sini tapi tersimpan dalam draft lah plak.. Adeh.. Dah setahun 7 bulan aku melayari kehidupan sebagai seorang isteri.. Alhamdulillah, bersyukur dengan apa yang aku miliki sekarang.. Rasanya aku tak pernah post lagi gambar kawen aku kan.. Hari ni aku nak bagi korang muntah tgk gambar2 masa aku nikah.. Hahaha.. Aku pilih tarikh 9 Ogos 2014 sebagai tarikh untuk kitorang disatukan.. 9 Ogos tu tarikh lahir aku.. So nanti senang lah nak celebrate.. Nampak tak jimat kat situ.. Hihihi.. So jom layan gambar2..

Ni masa aku tengah di make up kan.. Sejujurnya sebelum ni aku tak pernah make up

MUA aku, Kak Lily

Ni pengapit yang banyak membantu, Dila

Ni kawan2 rapat aku merangkap bridesmaid aku, dari kiri Zaty, Jaja, Fiza, Ned, Chot & Dila

Ketibaan pengantin lelaki, Mr R


Ahli keluarga Mr R

Pengantin perempuan dipanggil keluar daripada bilik

Inilah jurunikah yg nikahkan kitorg pada hari tu, Imam Haji Hussin

Aku ditanya adakah bersetuju untuk berkahwin dgn Mr R.. Aku pun tersipu-sipu jawab "Ya, saya setuju".. Hahaha

Muka nampak tenang.. Tapi dalam hati tak siapa tahu

Aku terima nikah Siti Fairuz Binti Rosli dengan mas kahwinnya 300 ringgit tunai

Alhamdulillah, dengan sekali lafaz aku telah pun jadi isteri kepada Mr R.. Masa ni happy + sebak.. Air mata dah bergelinangan.. Tapi Dila dah warning awal2, jangan nangis.. Nnt rosak make up.. Hahaha.. So aku kena control air mata daripada jatuh ke pipi

Sign borang2

Cincin disarungkan ke jari manis pengantin perempuan

Cincin disarungkan ke jari manis pengantin lelaki pula




Kami dah halal

My fav photo

Kami nikah selepas asar.. Selepas selesai majlis dan photoshoot semua, aku bergegas kejar pulak untuk majlis khatam Al-Quran.. Ibu nak sangat tengok anak dia khatam masa anaknya kahwin..

Sebelum beberapa minggu sebelum majlis kami, kami dikejutkan dengan pemergian arwah mak Mr R.. Masa tu bulan puasa, seminggu je lagi nak raya.. Memang tak sangka arwah akan pergi secepat ni.. Mr R down sangat masa tu.. Dengan nak raya, nak kawen, dalam masa yg sama kehilangan orang yg paling penting dalam hidup dia.. Ni lah dugaan paling besar yang kami tempuhi menjelang majlis kami.. Semoga arwah mak tenang di sana.. Al-Fatihah untuk arwah.. Mungkin aku tak sempurna seperti arwah, tapi aku berjanji akan jaga Mr R sebaiknya.



No comments:

Post a Comment