JellyPages.com

Friday, 11 March 2016

Majlis Resepsi - 10 Ogos 2014

Annyeong.. Okay, tadi aku dah berceloteh pasal majlis nikah.. Sekarang aku nak post gambar majlis resepsi pulak iaitu pada 10 Ogos 2014.. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar.. Adanya family yang sentiasa menjadi tulang belakang untuk majlis aku, Dila (pengapit perempuan) dan Daman (pengapit lelaki) yang banyak membantu kami, saudara mara terutama keluarga Abang San, keluarga mak angkat aku, semua yang terlibat dalam rewang, aku ucapkan terima kasih banyak2.. Jom tengok gambar sepanjang majlis resepsi kami..

Pelamin daripada Pelamin Anirah Beauty Centre.. Thanks Kak Ani dan suami.. Puas hati sangat2



Kesian abg aku ni.. Penat



Ibu dan ayah yang sibuk menyambut tetamu



Okay, jom siap2 pakai kasut


My lovely bridesmaid

Pengantin perempuan dah siap sedia untuk berjumpa dengan puteranya.. Eceh

Peace dulu

Pengantin lelaki berarak bersama rombongan dan pasukan kompang.. Laju bonar pengantin jalan.. Tak sabar nak sanding agaknya.. Hahaha

Putera menunggu kehadiran si puteri

Pengantin perempuan berjalan dengan sopan santunnya

Okay, jom kita berjalan ke pelamin :)

Cantiknya gambar ni.. I like

Kami diarak sambil berselawat.. So berdiri sekejap sampai habis selawat




Pasukan kompang yg memeriahkan majlis.. Kawan2 aku ramai dlm ni

Nampat tak cara pengantin pandang pada pengapit2 nya.. Pandangan penuh kasih sayang kan.. Hahaha

Jom makan.. Kami mmg kelaparan masa ni. Tapi kena control2 sbb kamera byk sgt.. Last2 sikit je makan, pastu kena teruskan ke upacara potong pulut kuning.. Sobsob


Pulut kuning yg di sponsor oleh Paklang & Maklang.. Dorang tanya aku nak kek apa.. Aku cakap aku nak pulut kuning je

Sesi bergambar pulak.. Ni family belah pengantin lelaki

Abah dan isteri

Adik Mr R dan suami

Culik ibu sekejap untuk bergambar

My parents and anak buah

My family.. Angah je takde dalam gambar

Thanks ye sbb sudi datang Mama

Kawan2 perempuan SKSML dan ex-boss.. Thanks sbb datang Puan :)

Ex-SKSML

Kawan2 lelaki SKSML

N of course with my bridesmaid.. Dengan Ikmal sekali

Majlis berakhir pada pukul 4 petang.. Habis majlis, kami isi perut semula.. Kang ada yang pengsan pulak masa outdoor.. Hehehe.. Lepas tu kami bergegas untuk outdoor photoshoot.. Masa tu dah mendung dah.. Terus fikir nak bergambar kat mana.. Masa dalam perjalanan, hujan turun dengan lebatnya.. Jadi kami pilih masjid besi Putrajaya (Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin) dan Astaka Morocco sebagai lokasi bergambar..

Majlis Nikah Kami - 9 Ogos 2014

Annyeong.. Berhabuk nyer blog.. Penuh sarang labah-labah dah ni.. Last post October 2013.. Erk.. Ok, I'm a very busy woman (tangan di dada, mata ke atas).. Hahaha.. Aku ada tulis kat sini tapi tersimpan dalam draft lah plak.. Adeh.. Dah setahun 7 bulan aku melayari kehidupan sebagai seorang isteri.. Alhamdulillah, bersyukur dengan apa yang aku miliki sekarang.. Rasanya aku tak pernah post lagi gambar kawen aku kan.. Hari ni aku nak bagi korang muntah tgk gambar2 masa aku nikah.. Hahaha.. Aku pilih tarikh 9 Ogos 2014 sebagai tarikh untuk kitorang disatukan.. 9 Ogos tu tarikh lahir aku.. So nanti senang lah nak celebrate.. Nampak tak jimat kat situ.. Hihihi.. So jom layan gambar2..

Ni masa aku tengah di make up kan.. Sejujurnya sebelum ni aku tak pernah make up

MUA aku, Kak Lily

Ni pengapit yang banyak membantu, Dila

Ni kawan2 rapat aku merangkap bridesmaid aku, dari kiri Zaty, Jaja, Fiza, Ned, Chot & Dila

Ketibaan pengantin lelaki, Mr R


Ahli keluarga Mr R

Pengantin perempuan dipanggil keluar daripada bilik

Inilah jurunikah yg nikahkan kitorg pada hari tu, Imam Haji Hussin

Aku ditanya adakah bersetuju untuk berkahwin dgn Mr R.. Aku pun tersipu-sipu jawab "Ya, saya setuju".. Hahaha

Muka nampak tenang.. Tapi dalam hati tak siapa tahu

Aku terima nikah Siti Fairuz Binti Rosli dengan mas kahwinnya 300 ringgit tunai

Alhamdulillah, dengan sekali lafaz aku telah pun jadi isteri kepada Mr R.. Masa ni happy + sebak.. Air mata dah bergelinangan.. Tapi Dila dah warning awal2, jangan nangis.. Nnt rosak make up.. Hahaha.. So aku kena control air mata daripada jatuh ke pipi

Sign borang2

Cincin disarungkan ke jari manis pengantin perempuan

Cincin disarungkan ke jari manis pengantin lelaki pula




Kami dah halal

My fav photo

Kami nikah selepas asar.. Selepas selesai majlis dan photoshoot semua, aku bergegas kejar pulak untuk majlis khatam Al-Quran.. Ibu nak sangat tengok anak dia khatam masa anaknya kahwin..

Sebelum beberapa minggu sebelum majlis kami, kami dikejutkan dengan pemergian arwah mak Mr R.. Masa tu bulan puasa, seminggu je lagi nak raya.. Memang tak sangka arwah akan pergi secepat ni.. Mr R down sangat masa tu.. Dengan nak raya, nak kawen, dalam masa yg sama kehilangan orang yg paling penting dalam hidup dia.. Ni lah dugaan paling besar yang kami tempuhi menjelang majlis kami.. Semoga arwah mak tenang di sana.. Al-Fatihah untuk arwah.. Mungkin aku tak sempurna seperti arwah, tapi aku berjanji akan jaga Mr R sebaiknya.