JellyPages.com

Tuesday, 16 July 2013

Alamanda with Adik

Assalamualaikum.. Salam Ramadhan semua.. Hari Ahad bersamaan Ramadhan yang ke 5, aku g ke alamanda untuk tengok wayang.. Merayau dengan adek aku lah kan.. Nak tengok cite Despicable Me 2.. Aku suka tengok minions tu.. Comel ok.. Cite ni biasa2 je pada aku.. Yang kelaka nyer minions tu.. Geram tengok dorang yang comel tu.. Heheh.. Jom tengok sikit gambar..





Mula2 plan nak tengok kat mines.. Tapi ada planning yang x jadi.. So aku drive ke alamanda sendiri.. Hahah.. First time aku drive parking kete kat dalam alamanda tu.. Seriously, penakut aku ni.. Heee.. Sampai2 je aku g tengok kedai Vincci jap.. Alamak, ada handbag cantik r.. Aku dah berkenan gila.. Aku takut jadi macam kes hari tu.. Ada handbag cantik kat Vincci.. Tapi time tu aku fikir takpelah.. Hujung bulan nanti aku beli.. Tup2 aku g hujung bulan, tengok dah takde.. Hampa gila weyh.. Lepas tu bila aku datang alamanda, mesti aku jenguk kat Vincci (memang aku selalu gak menempek kat alamanda tu.. heheh).. Tapi takde dah design yang cantik.. Nyesal gila tak beli dulu tu.. Kali ni ada plak dah yang cantik.. Anyway, aku ni kan cerewet.. Susah kalo shopping dengan aku ni.. Hahah.. Aku biarkan dulu handbag tu.. Aku g beli tiket wayang dulu.. Takut habis tiket plak kan.. Wayang kitorang start pukul 3.15.. Ada 2 jam lagi sementara tunggu wayang.. Nak merayau, puasa.. Tak larat sangat.. Nak beli barang, duit pon bukannya ada.. Fikiran aku plak asyik fikir handbag Vincci tu.. Actually handbag tu aku nak wat untuk hantaran kawen nanti.. Duit kat aku tak banyak pon.. Duit yang ada kat aku tu untuk guna for next month.. Next month kan gaji aku akan habis kat roadtax + insurance kereta.. Mahu hampir 1k jugak tu.. Duit2.. Dimana kau duit.. Grrr.. Ok, cite pasal handbag tu balik.. Aku wat muka tak malu tanya kat salesperson Vincci tu taw.. Heheh.. Boleh ke kalo dorang simpankan stok sampai hujung bulan.. Dorang kata kalo simpan untuk 3 hari boleh lah.. Adoyai.. Disebabkan memang aku nak gila2 handbag tu, aku guna je duit yang ada ni dulu.. RM 129.. Nak beli kasut sekali, duit tak cukup.. Takpelah, kasut tu kemudianlah.. Muka puas je dah dapat handbag.. Hahaha.. Tapi, aku memang tengah pokai gila2 r sekarang.. Anyway, gambar handbag takkan ditunjuk sebab nanti tak surprise lah.. Tunggu aku kawen nanti lah ye.. :)

So jom tengok apa barang2 yang aku nak buat untuk hantaran..

Hantaran untuk lelaki :
  •  Kopiah (
    ×), Sejadah (
    ×
    )
  • Belt (
    ), Wallet (
    )
  • Set Body Shop (
    )
  • Baju (
    ×
    ), Seluar (
    ×
    )
  • Kasut (
    )
  • Tafsir Al-Quran (
    ×
    )
Hantaran untuk perempuan :
  • Telekung (
    ×
    ), Al-Quran (
    ×
    ), Sejadah (
    ×
    )
  • Set Body Shop (
    )
  • Handbag (
    ), Kasut (
    ×)
  • Cincin (
    ×
    )
Ok, banyak lagi yang tak beli.. Semoga semua urusan dipermudahkan dan dipercepatkan.. Aminn.. xoxo.. :)

No comments:

Post a Comment