JellyPages.com

Monday, 23 September 2013

Mission : Nak Kurus

Annyeong.. Hari ni nak story pasal kurus.. Sekarang berat aku dah naik.. Walaupon naik 2-4 kg je, tapi aku dah nampak perubahan kat badan aku.. Sekarang berat aku dah 54 kg.. Memang berat aku kategori normal je.. Sebab aku tinggi jugak (nasib baiklah kan).. Hahaha.. Tapi sebab sebelum ni aku tak pernah capai berat camni, so aku agak depressed.. Lebih2 lagi aku tengok peha, betis, lengan dan perut aku sudah mula ditumbuhi oleh lemak2 yang berlebihan.. Baju nikah dah tak muat ok.. So nak taknak, aku kena kuruskan badan semula.. Baju nikah tu pon aku nk alter sket.. Dan encik Muscles da start ejek aku sekarang ni.. Kurang asam btol.. Dia suka pandang kat tempat lemak aku, pastu gelak2.. Grrr.. Konon untuk bagi aku inspirasi supaya turunkan berat.. Ok, fine.. Tunggu aku dah kurus semula, cutting badan pon dah cantik, time tu jangan nak merayu2 kat aku taw (tetiba).. Hahaha.. 


So untuk memastikan mission aku untuk kurus tu, aku start skipping.. Ni dah 2 hari berturut2 aku skipping.. Skipping ni senang je untuk orang yang malas exercise macam aku.. Skipping dalam rumah je pon boleh.. Aku skipping depan tv je.. Hehehe.. Aku kan pemalas nak keluar g jogging.. Nak g gym, duit tak berapa nak ada plak.. Hahaha.. So skipping ni jelah caranya.. Aku memang dah ada skipping rope ni.. Hari first, aku berjaya buat smp 150 lompatan.. Hari kedua, aku buat smp 200 lompatan.. Dan sekarang kaki aku sakit2.. Jalan macam robot dah.. Hahaha.. Orang rajin exercise kan.. Memang sakit2 lah badan jadinya.. Tadi aku try google untuk tengok kebaikan2 skipping ni..

Antara kebaikan skipping :
  • Lompat 10 minit bersamaan dengan apabila berjalan selama 8 minit. Kalau malas nak jalan, lompat jela guna skipping rope.
  • Lompat selama 1 jam boleh membakar sampai 1000 kalori.. Kalau lompat 2 jam boleh membakar sampai 2000 kalori.. Tapi masalahnya sanggup ke lompat sampai 2 jam.. Hahaha.
  • Membina kemahiran kecergasan & memperbaiki kelincahan, koordinasi, ritma, keseimbangan & kekuatan stamina.
  • Meningkatkan tahap kesihatan jantung.
  • Mempercepatkan kadar denyutan jantung & tingkatkan metabolisme badan.
  • Membina otot & stamina.
  • Membakar lemak & kolestrol.
  • Mengawal tekanan darah dan mengurangkan risiko sakit jantung.
  • Untuk mengatur pernafasan . Kalau rasa-rasa pernafasan tak berapa teratur sila la cuba.
  • MENURUNKAN BERAT BADAN DENGAN CEPAT . Sangat terbaik la buat yang nak kurus tu. (highlight untuk diri sendiri)
  • Melatih otot kaki, dada, tangan dan bahu.
  • Dan ni best untuk WANITA - Boleh membentuk pinggul, perut, peha dan punggung dengan baik!
  • Melibatkan pergerakan seluruh badan.
  • Murah (modalnya cuma skipping rope yang boleh dapat dalam harga sekitar RM10 je.. :D

Di samping itu, aku buat jugak exercise lain.. Aku buat sit up (wajib) untuk kempiskan perut.. Hehehe.. Jumping jacks (lompat bintang) dengan aerobics pon aku buat.. Aku aerobik sorang2 je dalam bilik.. Heeee.. Aku kena kurus before menjelang awal tahun depan.. Aku nak kurus sebelum wedding aku.. Lalala..

Ni aku nak selitkan gambar Yuri (SNSD).. Aku suka badan dia.. Dia taklah keding sgt.. Kadang2 nampak chubby jugak.. Tapi badan dia cantik.. Sumber inspirasi aku ni.. :P




Ok, harap2 tercapailah hasratku untuk kurus kembali.. Walau aku xlah gemok mana pon sekarang.. Hehehe.. xoxo.. ;)