JellyPages.com

Tuesday, 29 October 2013

We Got Married : YongSeo Couple

Annyeong.. Hari ni mood aku nak story pasal We Got Married (YongSeo Couple).. Mesti ramai cakap yang aku ni ketinggalan kan.. Show ni tahun 2010.. Baru sekarang nak tengok.. Hahaha.. Actually show ni dah lama tersimpan kat lappy aku.. Jaja bagi masa kat kolej dulu.. Tapi ntah nape aku rasa time tu tak berminat nak tengok.. Pastu hari tu aku saje2 tengok video2 SNSD.. Ada 1 lagu tu Seo Hyun nanyi best sangat.. Tetiba aku teringat yang aku ada simpan We Got Married Yong Hwa & Seo Hyun.. Bila aku start tengok, aku jadi addicted.. OMG, best giler.. Sweet nya dorang.. Show ni melibatkan pasangan artis menjadi suami isteri.. Kira macam kawen kontrak lah.. Seo Joo Hyun (SNSD) memang semua orang tau dia sangat2 pure & innocent.. Tak pernah bercinta, tak pernah suka kat laki.. So aku rasa pengalaman pertama dia ni memang sweet sangat.. Campur dengan telatah Jung Yong Hwa (CN Blue) yang gentleman, sweet n very childish.. Dorang nampak macam couple match in heaven.. Suka tengok dorang main tarik tali, malu2.. Kalau dorang jadi real couple kan best.. Hope sangat dorang jadi real couple.. Bila tengok video2 kat youtube, tengok Yong Hwa betul2 suka kat Seo Hyun.. Bila ditanya masa interview, apa ciri2 perempuan idaman Yong Hwa.. Yong Hwa akan jawab "long hair and wave, clear eyes, independent, pure, innocent, honest".. Ok, sume ciri2 ni dia pernah sebut ada kat Seo Hyun. Sejak episod 1 lagi, Yong Hwa ada describe ciri2 ni kat Seo Hyun.. Aku suka sangat bila Yong Hwa buat lagu masa dia teringat kat Seo Hyun.. Lagu CN Blue - Love Light.. Dan lagu khas untuk Seo Hyun, Banmal (Informal) Songs.. Ada part yang aku rasa terlampau sweet, sampai menitik air mata aku.. Over tak? Hahaha.. Encik Muscle, please belajar jd sweet.. Kalo Encik Muscle jadi sweet, saya janji saya akan layan Encik Muscle dengan baik.. Heheh.. Yela, contoh macam Yong Hwa hilangkan scarf tu.. Seo Hyun sedih gila sebab penat Seo Hyun jahit sendiri scarf tu.. Yong Hwa sanggup jahit scarf baru, untuk Seo Hyun, untuk diri dia jugak.. Sanggup belajar menjahit semata2 nak buat scarf baru untuk bagi kat perempuan tersayang.. Perempuan mana yang tak cair.. Hehehe.. Pastu episod last, sedihnya rasa.. Daripada hubungan dorang kekok, sampailah dorang boleh selesa 1 sama lain.. Setahun lebih, macam2 benda dah lalui sesama.. Seo Hyun sampai rasa tak sanggup nak berpisah.. N aku, memang banjir masa tengok episod last tu.. Hahaha.. Jom tengok gambar2 comel YongSeo couple ni..


Pendapat aku sama macam peminat YongSeo Couple yang lain.. YongSeo is a real.. They made for each other.. xoxo.. (^_^)

Monday, 23 September 2013

Mission : Nak Kurus

Annyeong.. Hari ni nak story pasal kurus.. Sekarang berat aku dah naik.. Walaupon naik 2-4 kg je, tapi aku dah nampak perubahan kat badan aku.. Sekarang berat aku dah 54 kg.. Memang berat aku kategori normal je.. Sebab aku tinggi jugak (nasib baiklah kan).. Hahaha.. Tapi sebab sebelum ni aku tak pernah capai berat camni, so aku agak depressed.. Lebih2 lagi aku tengok peha, betis, lengan dan perut aku sudah mula ditumbuhi oleh lemak2 yang berlebihan.. Baju nikah dah tak muat ok.. So nak taknak, aku kena kuruskan badan semula.. Baju nikah tu pon aku nk alter sket.. Dan encik Muscles da start ejek aku sekarang ni.. Kurang asam btol.. Dia suka pandang kat tempat lemak aku, pastu gelak2.. Grrr.. Konon untuk bagi aku inspirasi supaya turunkan berat.. Ok, fine.. Tunggu aku dah kurus semula, cutting badan pon dah cantik, time tu jangan nak merayu2 kat aku taw (tetiba).. Hahaha.. 


So untuk memastikan mission aku untuk kurus tu, aku start skipping.. Ni dah 2 hari berturut2 aku skipping.. Skipping ni senang je untuk orang yang malas exercise macam aku.. Skipping dalam rumah je pon boleh.. Aku skipping depan tv je.. Hehehe.. Aku kan pemalas nak keluar g jogging.. Nak g gym, duit tak berapa nak ada plak.. Hahaha.. So skipping ni jelah caranya.. Aku memang dah ada skipping rope ni.. Hari first, aku berjaya buat smp 150 lompatan.. Hari kedua, aku buat smp 200 lompatan.. Dan sekarang kaki aku sakit2.. Jalan macam robot dah.. Hahaha.. Orang rajin exercise kan.. Memang sakit2 lah badan jadinya.. Tadi aku try google untuk tengok kebaikan2 skipping ni..

Antara kebaikan skipping :
  • Lompat 10 minit bersamaan dengan apabila berjalan selama 8 minit. Kalau malas nak jalan, lompat jela guna skipping rope.
  • Lompat selama 1 jam boleh membakar sampai 1000 kalori.. Kalau lompat 2 jam boleh membakar sampai 2000 kalori.. Tapi masalahnya sanggup ke lompat sampai 2 jam.. Hahaha.
  • Membina kemahiran kecergasan & memperbaiki kelincahan, koordinasi, ritma, keseimbangan & kekuatan stamina.
  • Meningkatkan tahap kesihatan jantung.
  • Mempercepatkan kadar denyutan jantung & tingkatkan metabolisme badan.
  • Membina otot & stamina.
  • Membakar lemak & kolestrol.
  • Mengawal tekanan darah dan mengurangkan risiko sakit jantung.
  • Untuk mengatur pernafasan . Kalau rasa-rasa pernafasan tak berapa teratur sila la cuba.
  • MENURUNKAN BERAT BADAN DENGAN CEPAT . Sangat terbaik la buat yang nak kurus tu. (highlight untuk diri sendiri)
  • Melatih otot kaki, dada, tangan dan bahu.
  • Dan ni best untuk WANITA - Boleh membentuk pinggul, perut, peha dan punggung dengan baik!
  • Melibatkan pergerakan seluruh badan.
  • Murah (modalnya cuma skipping rope yang boleh dapat dalam harga sekitar RM10 je.. :D

Di samping itu, aku buat jugak exercise lain.. Aku buat sit up (wajib) untuk kempiskan perut.. Hehehe.. Jumping jacks (lompat bintang) dengan aerobics pon aku buat.. Aku aerobik sorang2 je dalam bilik.. Heeee.. Aku kena kurus before menjelang awal tahun depan.. Aku nak kurus sebelum wedding aku.. Lalala..

Ni aku nak selitkan gambar Yuri (SNSD).. Aku suka badan dia.. Dia taklah keding sgt.. Kadang2 nampak chubby jugak.. Tapi badan dia cantik.. Sumber inspirasi aku ni.. :P




Ok, harap2 tercapailah hasratku untuk kurus kembali.. Walau aku xlah gemok mana pon sekarang.. Hehehe.. xoxo.. ;)

Saturday, 31 August 2013

Powerbank Hello Kitty

Annyeong.. Entry ni ditulis pada pukul 3.39 pagi.. Hahaha.. Tadi dah terlelap.. Pastu terjaga plak.. So skrg tak boleh tido (-_-).. Kali ni nak cerita pasal powerbank plak.. Sebenarnya dah lama aku nak beli powerbank ni.. Cuma sebelum ni kewangan tak berapa nak mengizinkan utk beli.. So semalam aku ternampak powerbank yg sgt comel.. Powerbank Hello Kitty.. Aku ni mmg suka kat benda2 yang comel.. Sebab aku pon comel kan.. Hahaha.. Terus aku rasa nak beli.. Lagipon daripada kecik aku mmg minat hello kitty.. Pernah masa kecik2 dulu, semua barang aku barang hello kitty.. Heee.. Aku pon google lah kat mana ada jual benda alah ni.. Then aku nampak ada jual kat lelong.com.. Apalagi, excited gila lah aku nak beli.. Terus buat payment.. Gelojoh gila.. Hahaha.. Seller ni cepat gak dia process order aku.. Semalam buat payment, hari ni dah dapat barang.. Oh, memang jatuh cinta sgt2..


Ni dalam kotak lg..

Hello Kitty (^_^)

Aku rasa harga dia "boleh tahan" gak lah.. Maybe sebab benda comel kan.. Harga dia RM 75 include postage.. Hanya 4500 mah.. Mahal kan.. Sebab masa survey2 hari tu, aku nampak powerbank 20000/30000 mah blh dpt harga RM 90 dah.. Heheh.. Tapi aku tetap pilih powerbank hello kitty ni gak.. So lepas ni tak risau dah lah phone aku nak habis bateri ke apa.. Sebab aku dah ada hello kitty yg comel.. xoxo.. (^-^)

Thursday, 29 August 2013

Jom habiskan duit.. ^_*

Annyeong.. Gaji dah masuk.. Yeay2.. Happy je aku.. Ni gara2 lama x shopping ok.. Encik myvi tulah yg mempokaikan aku.. Hahaha.. Last month gaji habis kat encik myvi je.. Aku takde beli apa pon untuk raya.. Dan2 roadtax mati masa nak raya plak kan.. Bayar roadtax + insurans + lesen kete.. Sampai x raya aku dibuatnya.. Sob sob sob.. Tak dapat bg duet raya kat ibu ayah, kat anak2 buah.. Nasiblah dorang memahami.. Insyaallah tahun depan aku bg lah duet raya kalo masih diberi kesempatan utk hidup.. Maybe raya tahun depan beraya dgn title "wife" orang ke.. Opss.. Heeee..

So semalam aku macam balas dendam lah kan bila tau gaji dah masuk.. Balik keje aku terus pegi cimb bank utk withdraw duet.. Pastu terus pegi Seri Aida kat warta.. Nak buat facial.. Muka aku sangat teruk masa raya tu.. Sampai encik Muscle tegur taw "Nape teruk sgt muka?".. Memang teruk pon.. Tapi sentap lah bila dia dah cakap cmtu.. Ni jerawat naik mesti sebab encik Muscle, asyik gado je ngan kita :P ..Facial aku kali ni tak best.. Bengong orang yg layan aku tu.. Da lah buat muka ketat.. Senyum pon taknak.. Staff yg lain aku rasa ok je.. Cik kak, jangan kerek2.. Aku yang bayar kau tau.. Kalau takde customer macam aku datang tempat kau, kau takde gaji tau.. Grrr.. Geram aku.. Kau buat muka kerek aku pon buatlah muka kerek aku kan.. Muahahaha.. Pastu mulalah sesi facial.. Ok, cik kak ni bukan saja muka ketat, tp agak ganas.. Beriya2 dia tonyoh muka aku.. Padahal masa tu just cuci muka je.. Tu belum lg masa dia picit jerawat.. Sakit gila.. Sebelum2 ni memang lah sakit bila dorang picit jerawat.. Tapi kali ni aku rasa sakit dia berganda.. Aku rasa mesti dia picit ni akan timbulkan parut nanti T_T .. Sebelum ni dgn staff lain ok.. Muka suci murni lepas facial.. Tu lepas facial jela.. Hahaha.. Ok, aku dah mark muka cik kak tu.. Taknak lg dah dia yang buat facial utk aku.. Grrrr..

Lepas settle facial, aku pon masuk dalam warta.. Aku nk carik kasut sport.. Huk3, takyah nak perli ye.. Aku nk exercise, nak kuruskan badan.. Berat dah naik dan aku pon dah nmpk gemok.. Dah gemok baru sibuk nak beli kasut sukan.. Kalau tak, memang takde terfikir pon nak beli kasut sukan ni.. Aku nak kurus ni sebab takut baju nikah tak muat.. Heheh.. So pasni kena rajin exercise lah ye.. Adik aku cakap "rajinlah sgt" smbil tgn ke dada, mata ke atas.. Kuang ajo.. Hahaha..

Then aku terus memecut ke Alamanda Putrajaya.. Aku nak carik seluar jeans.. Seluar aku rosak plak zipnya.. So aku terus pegi ke Parkson.. Aku mmg jarang masuk parkson.. Nak carik bahagian pakaian perempuan pon bukan maen lama.. Smp sesat plak.. Da lah sorang2 je.. Macam forever alone pon ada T_T .. Dah jumpa bahagian Toms Girl, terus aku carik seluar jeans straight cut.. Aku pakai straight cut je.. Tak sesuai pakai skinny cut.. Maklumlah, kaki aku sangat2 comel.. Macam peha ayam.. Comel.. Banyak isi.. Hahaha.. Lepas dah pilih2, terus je pegi bayar.. Pastu pegi ke the body shop plak.. Sekarang aku dah addicted dgn barang2 the body shop.. Daripada dulu aku admire produk ni.. Tapi sebab harga2 dia "boleh tahan", aku takdelah fikir nak beli.. Dulu kalau beli pon just beli perfume.. Tu pon jimat2 pakai.. Hahaha.. Tak mampu.. Sekarang dah keje.. So boleh lah beli apa yang aku nak.. Sebelum ni aku dah beli 4 produk ni.. Mula2 nak beli starter kit je.. Tapi stok habis plak kat Alamanda.. So aku beli yg besar terus..

 Tea Tree Skin Facial Wash, Tea Tree Skin Clearing Toner, Tea Tree Skin Clearing Lotion & Tea Tree Oil

So far, ok lah aku pakai.. Jerawat aku yang sebelum ni banyak, dah berkurang sikit.. Banyak yang dah mati dah.. Takdelah muka aku terus licin kan.. Biasalah, mana ada produk yang cepat sangat berkesannya.. Sebelum ni, aku nak tengok muka sendiri kat cermin pon aku takut (-_-) .. Ni pon baru 2 minggu aku pakai produk ni.. Mintak2 lah serasi je kan.. So semalam aku beli produk lain plak.. 

Tea Tree Blemish Fade Night Lotion
Tea Tree Face Mask
Tea Tree Blotting Tissues
 Almond hand & Nail Cream 100 ml
Colourglide Lip Colour - Sunset Peach

Aku suka gila kat Almond Hand & Nail Cream tu.. Pada aku bau dia wangi sangat.. Bila pakai, asyik nak cium tangan je.. Hahaha.. Aku saje2 beli lipstik tu.. Fyi, aku tak penah pakai lipstik, beli lipstik dan ada lipstik.. So this is first time.. Selama ni lip ice tu jela jadi peneman aku.. Bila fikir2 balik, apa salahnya beli 1 lipstik.. Aku kan dah dewasa.. Huk3.. (Dan2 mengaku dewasa.. Selalu mengaku sweet 17 je.. Hahaha).. So ni lah hasil aku menghabiskan duet semalam..


Dan ni plak hasil produk the body shop yang aku kumpul.. :)

Barang2 the body shop memang best.. Next time beli lagi.. xoxo.. (^_^)